Halaman

Isnin, 15 April 2013

MYDIN....

Assalamualaikum....

Sudah 1 minggu aku menjadi keluarga MYDIN JASIN...aku dah mengenali ramai kawan-kawan baru, Zam Strong, Hafiz, Izhar, Saiful, Faiz dan the other staff... Tak lupa juga pada Supervisor aku Bro Subra & Bro Yus yang merupakan HOD aku...

1 minggu aku di sana rupanya ramai kenalan aku yang telah aku lupakan ada disana. Nak tergelak pun ada, sebab macam-macam situasi telah berlaku aku buat..Lebih-lebih lagi jadi penyakat dan meriuhkan keadaan stor...Hahahahah....

1 minggu aku bekerja disana aku rindukan sangat si DIA...hahahha...tapi DIA la sumber semangat aku untuk kerja kat MYDIN..sebab DIA la aku ada kekuatan untuk berusaha kerja keras walaupun kerja tu susah dan berat bagi aku..Thanks a lot My Dear...

Cakap pasal DIA, aku penat-penat kerja teringat kat DIA.. Sampai Izhar dah tergelak ngan aku bila aku calling dia lepas waktu makan...Hahahaha...tu namanya ambil penambahan energy semangat, sebab bila dengar suara DIA aku rasa relaks dan bersemangat buat kerja..

Tapi hari ni sorry to Bro Subra, den tak nak amik OT sebab den nye badan dah terkejut ngan budaya kerja baru....Abg Yus Sorry sangat-sangat ye...huhuuhh

Ok la, malam ni mahu skype ngan si DIA...huhuhuh...RINDUUUUU...hehehehhehe

Sekian

Wasalam....

Selasa, 19 Mac 2013

Tayar ku kena paku..... :'(

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Seperti biasa jam 1930, sesudah aku menunaikan solat Maghrib, aku terpandang akan kilauan di tayar belakang motor ku. Bila ku dekati dan ku teliti, rupa-rupanya Geng Pah Ku telah terlekat dan membocorkan tayar ku sebanyak 2 lubang, Aku pun tak fikir panjang terus pulang ke rumah dan mencapai segala barang-barang ku dan terus ke kedai Motor Ah Tong di Felda Kemendor bagi menampal semual tayar ku itu.

Akan tetapi alangkah sedihnya, kedainya telah tutup dan aku berteriak memanggil uncle Ah Tong beberapa kali. Malah tak keluar juga, aku terandang akan wayar pam angin yang terselit di celah pintu grail kedainya. Tanpa memikir panjang, aku terus mengepam tayar ku sekeras-kerasnya untuk ku tujui ke Kedai Motor Peter yang berada di Stadium Jasin.

Setibanya di kedai Uncle Peter, aku bertanya pada dia, "uncle ada tapal tayar tubeless tak kat sini?". Lalu uncle tu menjawab, " Ada...ada...ada..bawa naik beri saya lihat..". Aku pelik bila lihat Uncle Peter dok belek tayar macm gituh je..tak guna air sabun untuk chek lobang paku tu.Siap suluh guna lampu picit tuh..ish ish ish.


Setelah selesai menampal aku bertanya pada Uncle Peter berapa harganya, dia berkata, " Enam Ringgit saja." Aku duk konfius, bikan selau RM3 ke, tapi tak pela dah malam kot. Nasib baik Uncle Peter buka, kalau macam Uncle Ah Tong habis aku, menangis tak berlagu la jawabnya..hahahhahaha


Sabtu, 31 Disember 2011

JAMBOREEEEE....!!!!!!


ALHAMDULILLAH dan bersyukur kepada ILAHI kerana buat pertama kalinya dapat mengikuti Jamboree yang ke 12 yang diadakan di Seberang Takir, Telaga Batin, Terengganu...Ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang berpenat lelah membantu saya dalam hal keselamatan para peserta, walaupun terdapat berbagai konflik yang timbul diantara kelana daerah Jasin dengan daerah Merlimau..

Ucapan terima kasih kepada Cikgu, selaku bos saya yang memberi saya cuti dan bimbingan tak kira apa keadaan sekalipun...

nakal2 di mydin terangganu

Kepada sahabat kelana ku Halim Samion, Thanks a lot kerana dapat datang dan teman aku di Jamboree tersebut. Kalo tak, aku dok termenung sorang-sorang la jawabnye..

 dari kiri Halim meon, Saiful dan Asbi


Bermacam ragam aku dan di di terengganu, disebabkan aku dia dipaksa ikut. Akan tetapi itu lah masa Jmboree yang terbaik yang pernah aku ikuti walau pun terpaksa berbasah selam 1 minggu. Sehinggakan aku terpaksa menggali perigi Melaka di Terengganu ngeh ngeh ngeh...

 bersama cikgu nasar menggali perigi
 
Inilah aktiviti kami bila hujan turun, time untuk menyelamat kan khemah dari dibanjiri air. Apa-apa pun, inilah kenangan yang tak dapat dibeli sampai bila-bila..

 Inilah Barisan Kelana Yang Bertarung Dengan Hujan Di Jamboree Terengganu. Tahniah Semua..

Sekian Terima Kasih

Isnin, 14 November 2011

Assalamualaikum...

Salam kepada semua, hari ini dan jam ini, saya baru sahaja ingni aktif dalam laman blog ini.
Harap dapat diberi tunjuk ajar di mana terdapat apa-apa kekurangan.
Ini merupakan satu perubahan diri di mana saya sendiri ingin mengadaptasikan blog ini sebagai tempat untuk berkongsi apa-apa sahaja pendapat, luahan hati, serta perkongsian ilmu yang tak seberapa.